[Puisi]Lagu Buat Cucu

puisi, cerpen, novel, markalah, warkah, majalah, risalah,kitab, buku
Image

[Puisi]Lagu Buat Cucu

Postby mfrstudio » Sat Dec 05, 2009 7:14 am

Semut-semut gigit beruk
rasa pedih taruk ubat
makin cucu makin gemuk
biar sihat biar kuat

Beruk marah semut lari
dalam sungai ada buaya
orang mengata orang keji
kita sabar tekad kota

Buaya nganga mulut besar
semut beruk terus henti
tuntut ilmu terus belajar
jangan sombong tunduk diri

Semut masuk mulut buaya
gigi buaya tak boleh kunyah
bila besar jadi berguna
pada agama dan juga ummah

Beruk jerit pekik-pekik
sampai buaya tercekik
biar panas biar terik
pasak hati jangan serik

Buaya mati tak boleh nyawa
beruk kawan semut semula
dunia bukan matlamat kita
akhirat sana kita usaha

IBN MUKHTAR

5 Disember 2009

sumber:http://puisi-hamba.blogspot.com/2009/12/lagu-buat-cucu.html
Image
User avatar
mfrstudio
 
Posts: 73
Joined: Wed Sep 02, 2009 7:54 am

Return to Seni Tulis Islamik

Who is online

Users browsing this forum: No registered users and 1 guest

cron