[Cerpen] Skuterku Nurkasihmu ( keluaran khas )

puisi, cerpen, novel, markalah, warkah, majalah, risalah,kitab, buku
Image

[Cerpen] Skuterku Nurkasihmu ( keluaran khas )

Postby rusydee » Wed Sep 16, 2009 6:56 am

Skuterku Nurkasihmu edisi khas

Aku termenung tengok bekas air yang berisi air jambu berwarna hijau
berada di depanku. Sejak aku habis belajar, aku tidak mendapat
mana-mana tawaran bekerja. Jadi, aku telah mulakan bisnes
kecil-kecilan aku dengan duit simpanan sendiri menjual air di tepi
jalan. Pada mulanya aku merasa sangat asing. Ya lah, banyak mata yang
memerhatikan aku dengan pelbagai tafsiran yang boleh ku baca dari
pandangan mata mereka. "Huh, belajar tinggi-tinggi, jual air je!
Hampeh!" atau "Oh bagus mamat ni..ada inisiatif untuk buka
bisnes...ehh bisnes air je? Haha". Hari ini, aku sudah lali. Sudah
hampir setahun aku dengan bisnes kecilku ini. Rasa hina juga
kadang-kadang. Tapi halal lebih baik dari bisnes haram. Yeap, better
do something than do nothing. Ah.. kawan-kawan aku semua dah ada kerja
stabil, dah mula berumahtangga. Aku bila?

"Bang, air jambu special satu bang."

Tiada jawapan.

"Bang, air jambuu nakk palinggg specialll satu banggg!"

Terpeleot sekejap aku. Rupa-rupanya ada customer la.

"Sori2, nak special ye..jap..saya bagi paling special ni tade kat
mana-mana kedai ni.." Aku cepat-cepat siapkan dua cawan plastik besar
air jambu special dengan serbuk asam boi dan masukkan dalam plastik.

"Nape dua? Saya nak satu je." "Oh, hari ni saya bagi semua orang free
satu tau. Satu special, satu lagi air jambu yang saya campurkan dengan
campuran serbuk special buatan saya sendiri. Kalo tak sedap, bleh
buang. Kalo sedap, bleh datang lagi beli. Hehe." Aku tersengeh-sengeh
promote. Mana taknya, customer aku tu seorang awek. Bolehlah
dikategorikan lawa la gak. Entah, aku tak pernah nampak awek ni
sebelum ni. Mungkin orang baru dekat-dekat area ni. Rasa macam student
lagi kot. Macam-macam tafsiran dan i'rab la pula datang dalam kepala.
Nak gak rasanya tanya dia single lagi ke tak? Nak ke tanak? Nak ke
tanak ni?

"Alamak, saya tertinggal purse saya la dalam kete. Jap ye.."

Baru je aku cuba nak tanya tentang dia, tak jadi pula bila aku tengok
ada sorang mamat datang dengan kereta Toyota Vios 1.5G berwarna hitam
metalik berhenti di tepi. Kemudian mamat tu datang dengan purse merah
di tangannya. Hensem dan tinggi orangnya. Alamak, faham. Kantoi misi
mengoratku!

"Diya, nah purse u. Cemana ni bleh terlupa."

Mamat tu pandang tajam muka aku. Macam pandangan menyampah gak la aku
tengok. Dia bayarkan harga air tadi. Then, depan-depan aku dia grab
tangan awek dia. Dalam hati aku, "Ya ya ya ya beta paham kamu eksen!
Mentang2 awek lawa mau tunjuk belang-belang yeee...!"

***********************************

Petang dah. Dah dekat maghrib gak la. Pukul 7.

Aku kemas-kemas gerai aku. Simpan barang-barang kat kedai Mak Sah
dekat-dekat situ. Dia ok je aku letak barang kat situ. Ye la, barang
aku tak banyak pun. Bekas air, meja dan payung je.

Aku menuju kat skuter VS125 aku. Aku lap-lap sikit coverset dia. Umur
motor aku ni dah menjangkau 7 tahun. Dah lama motor ni bersama-sama.
Susah senang hidup aku, motor ni ada bersama. Sekarang motor ni asyik
rosak-rosak. Dah makin uzur. Iyelah, macam aku jugala..dah mula
sakit-sakit sendi.

Aku duduk sekejap depan skuter aku.

"Aiman, Fara akan sentiasa bersama-sama Aiman sampai mati."

Seakan-akan terdengar kat telinga aku kata-kata ini. Seakan-akan
ternampak Farah bersandar di skuter aku dan tersenyum manis.
Allahyarhamah Nurul Farah Farhanna, meninggal dua tahun lepas
kemalangan jalanraya. Seakan-akan baru semalam terdengar arwah
berkata-kata, bergelak ketawa. Sekarang dah tinggal seribu kenangan.
Betullah kata orang, makin dewasa makin perit dan pedih pengalaman
dituai. Kadang-kadang aku rasa sebak gak bila ingat balik kat arwah.
Siapa boleh lupa beb girlfriend pertama. Korang boleh? Tidak, pasti!

Aku start skuter aku dan memecut pulang. Semahu aku tak lagi nak
kenang benda-benda lepas. Tapi siapa boleh erase mudah-mudah segala
kenangan pahit manis dalam hidup semudah tekan delete sahaja?

Tak sampai 15 minit, aku sampai kat rumah flat aku yang 4 tingkat ni.
Aku baru je berpindah ke sini tak sampai 5 bulan. Senang sikit aku nak
berulang-alik ke tempat kerja aku yang eksklusif tu. Bilik aku sewa di
tingkat 4 dan tiada lif pula. Naik-turun tangga dah turun 10Kg, itulah
rahsia diriku tidak boroi dan kekal maintain...huhu. Aku cepat-cepat
naik ke bilik aku. Sampai je kat depan bilik aku, aku tengok pintu
terbuka dah. Ha sah! Ada orang pecah masuk ni! Aku dah cuak dah. Aku
tengok kat luar ada sepasang selipar. Pencuri ada kat dalam lagi ni.
Dalam hati ada gak rasa nak marah bercampur baur. Dengan berhati-hati
aku masuk. Aku tengok meja makan dah beralih ke sebelah kiri. Aku dah
hangin dah. "Woi! Kalau nak pecah rumah pun janganlah sampai alih meja
makan ni! Agak-agak2la wei! Penat-penat aku susun cantik-cantik ko
senang-senang je alih meja ni letak sebelah sini! Hangin aku ni
hanginn!!" Kuat gak aku laung.

Tiba-tiba terjengah kepala seseorang dari dapur. Aku tengok
betul-betul muka dia. Cuba camkan. Aik, macam kenal. Awek tadi?

"Ye, boleh saya bantu ?" Sambil kat tangannya ada penyapu siap-siap
nak attack aku.

Aku cepat-cepat keluar dari situ. Tengok kat luar pintu. "3-18", bukan
"4-18". Bilik aku kan "4-18". La! Aku kat tingkat 3 baru! Salah bilik
maaa! Malu aku malu! Apa lagi, berdesup aku melarikan diri ke tingkat
4 aku. Merah padam muka aku. Macam mana boleh tersilap bilik ni. Macam
mana ni! Mana aku nak sorok kemachoan diriku ni!

Tapi, awek tadi tinggal di sini ke? Biar betul.

**********************************

"Dari mafhum sebuah hadis riwayat Muslim dan An-Nasa'i, Allah
berfirman: Aku bahagikan solat iaitu yang dimaksudkan di sini surah
Al-Fatihah, antara Aku dengan hambaKu menjadi dua bahagian dan bagi
hambaKu apa yang dia minta. Apabila seseorang hamba mengucapkan:
"Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan sekalian alam", Allah menjawab:
"Hambaku memujiKu".Dan apabila hamba mengucapkan: "Maha Pemurah lagi
Maha Penyayang". Allah menjawab: "HambaKu menyanjung-nyanjungKu". Dan
apabila hamba itu mengucapkan: "Yang menguasai hari pembalasan." Allah
menjawab: "HambaKu mengagung-agungkanKu." Dan apabila hamba itu
mengucapkan: "Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada
Engkaulah kami mohon pertolongan." Allah menjawab: "Ini adalah antara
Aku dengan hambaKu dan bagi hambaKu apa yang dia minta." Dan apabila
dia yakni hamba mengucapkan: "Tunjukilah kami jalan yang lurus,iaitu
jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka;
bukan jalan mereka yang dimurkai dan bukan pula jalan mereka yang
sesat", Allah menjawab: "Ini adalah untuk hambaKu dan bagi hambaKu apa
yang dia minta."

Malam tu aku menceritakan pada penghuni flat yang datang solat Maghrib
di surau bawah flat tentang kelebihan surah Al-Fatihah. "Di mana dalam
surah Al-Fatihah sebenarnya terkandung dialog antara hamba dan khaliq (pencipta)
secara langsung. Sebab itulah sebaiknya kita membaca Al-Fatihah secara
teratur dan tidak gopoh dalam solat. Kalau boleh, hayatilah makna
surah Al-Fatihah tu betul-betul sebab bila kita hayati dan faham boleh
membantu kita bertemu khusyuk dalam solat."

Ringkas sahaja tazkirah aku malam tu. Aku pun tahu orang sebenarnya
tak suka tazkirah panjang-panjang dan meleret-leret. Kecuali
disampaikan oleh mereka yang petah dan pakar dalam bidangnya macam Dr.
Fadzilah Kamsah ke Anwar Ibrahim ke..yang tu memang menarik perhatian.
Aku ni siapalah sangat. Lulusan ijazah bidang agama yang tak petah
bercakap. Cuma aku suka kalau aku dapat sampaikan sikit-sikit apa yang
telah aku belajar pada orang lain. Ada juga faedahnya ilmu aku tu.

Selesai sahaja solat Isya', aku keluar dari surau. Seorang pakcik
datang menemuiku. "Man, kamu ni bagus betul la. Pakcik berkenan la nak
jadikan kamu menantu pakcik." "Ye ke pakcik?" Tanya aku beriya-iya.
"Tu ha anak pakcik yang pakai tudung hitam tu." Aku melilaukan mata
mencari-mencari gadis bertudung hitam. Opocot! Betul ke tak betul aku
tengok ni? Gadis bertudung hitam ye, dari yang aku nampak gadis tu
berbadan besar berperut buncit. Gulp!

"Err..pakcik. Saya ni tak layak untuk anak pakcik tu. Siapalah saya ni
pakcik. Tak segak tak kacak. Takde kerja tetap pula tu. Penjual air
jambu batu je macam pakcik tau. Kesian anak pakcik nanti hidup merana
dengan ekonomi saya yang macam ni." Aku tarik muka sedih sambil
olok-olok tundukkan muka.

"Kalau macam tu, tak mengapalah Man. Pakcik doakan Man berjaya dunia
akhirat." Aku tersengeh-sengeh angguk.

"Abah, mama panggil makan dah..cepatlah.." Aku terlopong kejap. "Ni
anak pakcik, Anis Nadiya. Baru habis belajar kat Jepun." Aku
senyum-senyum macho pada gadis bertudung hitam tu. Awek yang beli air
jambu batu aku tadi la. And awek yang aku tersilap masuk bilik balik
tadi!

Awek tu senyum kat aku sambil anggukkan kepala bila diperkenalkan ayah
dia. Amatlah sweet sekali bila dia senyum. Mahu je luruh jantung
pisang aku ni.

Ah nyesal! Nyesal! Nape aku tidak kata setuju sahaja tadi jadi menantu
pakcik ni?!

Malam tu aku tidur penuh penyesalan. Wajah ayu Anis Nadiya
berlegar-legar dalam benak mindaku. Tapi sayang, dah milik orang...

************************************

..bersambung....
Image
Kerna waktu berputaran, bimbang tak berkesempatan.
User avatar
rusydee
 
Posts: 46
Joined: Fri Sep 04, 2009 6:10 am

Re: [Cerpen] Skuterku Nurkasihmu ( keluaran khas )

Postby rusydee » Wed Sep 16, 2009 6:56 am

sambungan....

Pagi itu indah seperti biasa.

Aku dah siap-siap untuk ke lokasi gerai air jambu aku. Aku panaskan
enjin skuter dulu. Baru pukul 7.30 pagi. Awal lagi, aku duduk
bertinggung sekejap sambil melihat ke langit yang terbentang luas
milik Yang Maha Memiliki. Pada awan biru, aku coretkan senyuman
simple. Tak ada apa yang nak dikejarkan pun. Ye la, mana ada orang nak
minum air jambu ais pagi-pagi ni nanti sakit perut tahu. Tunggulah
mendekati tengahari, bila dah hangat pasti air jambuku laku. Aku
playkan MP3 player yang siap sedia terpasang di skuterku. Layan jiwang
dulu la sambil-sambil tunggu enjin skuter panas. Ku pasangkan lagu
Sampai dari KRU. Perlahan je ku pasang. Takut mengganggu jiran-jiran
pula.

"..Dan masih lagi engkau bertanya..Sedalam manakah cinta..Lafaz
ikrarku buat selama-lamanya..Sampai tubuh tak bernyawa, sampai ku ke
pangkuannya..Biar jasad tak dilihat zahir cintaku 'kan tetapkan
hadir...Andai dikurnia syurga kan ku tunggu di luarnya..Jika ditanya
mengapa jawapanku menunggu..kau sampai dahulu..UuuU...kau sampai
padaku...."

wah..wah..asyik sekali daku melayan feeling sendiri. Mengapa setiap
kali pun, Farah muncul dalam ingatan.

"Suatu hari, depan rumah kita nak ada taman permainan mini tau. Nak
ada gelongsor, buaian..bestt...pasti anak-anak kita suka bangettt..kan
kan kan? And kita akan duduk di depan tangga rumah berpegangan tangan
sambil perhati anak-anak bermain riang. Wah..pasti bahagia la.."

Demikian kata-kata Farah ketika dulu. Ya, pasti aku akan bina sebuah
taman permainan mini itu nanti. Ya, untuk suatu hari yang tak pasti.
Aku termenung lama. Mulai bermasam muka. Lantas terngiang-ngiang
"Kalau Man senyum, belum pasti dunia ni akan tersenyum balik pada Man.
Tapi, ada seseorang yang pasti tersenyum balik pada Man. Orang itu
Farah.. Dan sampai bila-bila Farah ini akan senyum pada Aiman supaya
Aiman tidak akan pernah dapat bersedih dengan dunia." Aku mulai senyum
balik. Hish, kejap masam kejap senyum. Macam orang gila pula orang
tengok nanti.

Pelekuks!!!

Aduh! Siapa yang lekuk kepala aku ini! Panas ni panas! Aku
menggosok-gosok kepala aku sambil berpaling ke belakang untuk melihat
siapa. Oh, rupa-rupanya pakcik semalam. Kenapa pula orang tua ni
tiba-tiba je ni.

"Pakcik dah panggil Man dua kali tahu. Tapi Man duk asyik termenung
panjang dari tadi. Ni pakcik nak mintak tolong urgent ni."

"Maaf pakcik, Man tak dengar tadi. Ada apa ye? Apa yang urgent sangat
tu pakcik. Pakcik nak minta tolong saya carikan bini no.2 ye..hehe"

"Hish ko ni Man..sekeh kang. Ni ha, anak pakcik nak pergi temuduga
hari ni. Tapi, kereta kawan dia rosak kat tengah jalan. Pakcik pula
sakit kaki tak dapat bawa kereta, lagipun kereta pakcik tu dah uzur.
Pakcik tak tahu nak minta tolong dengan siapa lagi ni. Dah lewat ni.
Interview dia pukul 8 pagi. Boleh tak Man tolong hantarkan?"

Hah? Aku hantarkan anak dia? Biar betul?! "Tapi pakcik...skuter saya
ni.." . Belum sempat aku habiskan ayat, pakcik dah panggil anak dia.
"Anis, cepat~ Man akan hantarkan Anis.." "Tolong pakcik ye..tak
mengapalah hari ini kira hari darurat, pakcik benarkan anak pakcik
naik motor dengan Man." Aku terkebil-kebil tak tahu apa nak kata.
Berdebar-debar. Aku tak pernah bawa lagi anak dara orang naik motor
aku ni. Farah dulu pun aku tak benarkan. Tak manis la, nanti apa pula
orang kata. Aku tersepit antara hendak dan tidak. Aku lihat jam di
tangan dah 7.45 pagi. Pakcik beritahu aku tempat interview tu makan
masa setengah jam juga perjalanan. Pukul 8 mesti sampai. Mampukah aku?
Aku percaya pada keyakinan skuter aku. Sebab aku dah buat modifikasi
pada bahagian blok standard 125cc, dah aku tukarkan dengan blok 180 cc
yang menggunakan 2 piston. Patutlah pakcik beriya-iya hendak aku
hantarkan. Hari ini hari Isnin, traffic jam. Kalau naik kereta pasti
tak sempat.

Anis Nadiya berjalan cepat-cepat mendekati skuter. Bersalam dengan
ayahnya. Aku terlopong melihat Anis. Tak sedar mulut ternganga melihat
gadis tu berbaju kurung warna hijau lembut dengan tudung sedondon. Ayu
sangat-sangat. Hati makin kuat berdebar-debar. Terkaku seketika.
Teruja pun ada. Takut pun ada.

"TUnggu apa lagi, cepatlah. Saya dah lewat ni."

Aku cepat-cepat hulurkan helmet ARC dalam seat skuter kepadanya.

"Jangan gatal-gatal tau!" Anis angkat kening. "Baik cik adik..jangan
risau, saya akan duduk jauh-jauh dari tempat duduk awak."

Anis Nadiya tak senyum. Serius dan rungsingkan temuduga kot.

"Baik, pegang tepi skuter kuat-kuat ye cik Anis!"

Aku pecut skuter aku dengan laju dengan membawa seorang awek cun di
belakang aku untuk kali pertama. Mat rempitkah aku? Tidak. Aku mat
jiwang.

*****************************************

Skuter bergerak laju merentas jalan raya yang sibuk. Terpaksa aku
menyelit-menyelit di celah-celah kesesakan lalu lintas. Sesekali aku
curi pandang di side mirror. Aku lihat wajah Anis agak cuak. Mungkin
terlalu laju. Tapi apa boleh buat. Ada 5 minit lagi tinggal ni. Peluh
dingin mula mengalir perlahan-lahan. Risau juga takut tak sempat.
Tiba-tiba sebuah lori melintas di hadapan dengan laju walaupun lampu
traffic light berwarna merah. Aku terkejut sakan. Lalu aku brek
emergency skuter. Break disk mencengkam tayar skuter kuat. Hampir
terjatuh gadis di belakangku. Belum habis lagi babak terkejut,
ditambah lagi dengan kejutan kedua apabila lori tadi tiba-tiba meluru
ke depan menuju ke arah skuter kami. Aku lihat pemandunya tertidur.
Cepat-cepat aku tarik tangan Anis peluk pinggang aku. Aku pulas pedal
minyak skuter kuat-kuat sehingga menderum. Skuter aku terangkat tayar
depan kerana terlalu kuat pulasan pedal. Semampu aku cuba memusingkan
skuter aku ke kiri jalan. Hati aku bagai nak pecah berdebar. Lori tadi
masih meluru laju. Dan....

Gedegang..!!! Boom !!

Lori tadi melanggar beberapa buah kereta di depannya lalu terbalik ke
bahu jalan. Di depan aku kini kemalangan ngeri. Berkepul-kepul asap
dan pemandangan yang maha dahsyat. Aku lihat pemandu kereta paling
depan tersepit dengan kepala berlumuran darah. Tidak bernyawa mungkin.
Orang ramai mula mengerumuni. Aku lihat di atas jalan ada cebis-cebis
daging. Pemandu lori tadi tersepit teruk dengan tangannya entah ke
mana kerana lori terbalik dan menghempas sambil tangannya tak sempat
ditarik.

Aku dan Anis selamat di kiri jalan. Jika aku tidak mengelak cepat
tadi, sudah pasti aku mengalami nasib yang sama. Pucat lesi muka aku.
Aku pandang wajah Anis. Mukanya macam tiada darah mengalir. Takut yang
amat. Tangannya erat-erat memeluk pinggang aku seakan tidak ingin
melepaskan lagi. Beberapa kali aku mengucapkan syukur pada Tuhan
kerana kami masih hidup.

Perlahan-perlahan aku teruskan perjalanan sampai ke destinasi dengan
tubuh yang agak terketar-ketar. Kami sampai di tempat temuduga 10
minit lewat. Anis cepat-cepat berlari anak ke pejabat.

Aku berehat seketika di bawah pokok. Melepaskan penat. Tiba-tiba aku
terlihat fail Anis tertinggal di skuter aku. Aduh, macam mana minah ni
boleh terlupa fail penting yang mengandungi resume dan sijil-sijil.
Aku cepat-cepat capai fail tersebut. Kini aku pula yang berlari ke
pejabat.

Sekejap sahaja aku dah berada dalam pejabat. Aku lihat ramai tengah
beratur. Anis tiada di situ. Aku cuba bertanyakan di ruang penyambut
tetamu, katanya gadis tersebut dah berada dalam bilik temuduga.
Namanya berada dalam senarai teratas ditemuduga. Patutlah. Aku
berjalan laju ke bilik tersebut. Mesti gadis tu tengah terkial-kial
tanpa fail penting ni. Aku mencapai tombol pintu. Tapi belum sempat
aku buka, aku terdengar isi sesi temuduga itu.

"Awak ni, saya boleh maafkan walaupun awak terlupa bawa resume awak.
Sebenarnya pihak kami tidak begitu mementingkan sijil-sijil. Apa yang
kami pentingkan adalah kemampuan dan imej. Saya lihat awak ni ada
pakej rupa dan penampilan yang menarik. Jadi, kami agak berminat untuk
tawarkan jawatan penting pad awak..tapi, ada syarat."

"Apa syaratnya?"

"Kalau awak buka tudung dan freehair, kami akan tawarkan jawatan
tertinggi untuk awak dengan gaji termahal. Kerana syarikat kami
memerlukan individu yang berani mengambil risiko dan mempunyai
kemampuan berinteraksi dengan client-client penting dalam dan luar
negara."

Membara dalam hati aku mendengar syarat tersebut. Aku lihat wajah Anis
menjadi keliru. Lama juga dia diam. Mungkin tersepit dengan tawaran
yang begitu menarik.

Aku hilang sabar. Lantas aku buka dan tendang pintu bilik temuduga.
Dushumm!! Penerajang aku singgah tepat di muka penemuduga.
Terpelanting orang tu ke belakang. Lantas aku tarik lengan Anis
bangun.

"Tak padan dengan orang Islam! Sanggup ko suruh seorang wanita
gadaikan maruah dia semata-mata keuntungan syarikat!! Syarikat
murahan!! Ayuh kita blah Anis. Jangan buang tudung ni. Tudung ni
adalah maruah awak tau!"

Masuk beberapa sekuriti lantas aku berikan semua penendang dan
penyepak sampai semua rebah tersungkur. Aku sangat panas hati. Marah
yang amat. Tercabar membela maruah seorang wanita.

Aku menarik Anis keluar dari syarikat tersebut tanpa ada perasaan
bersalah pun. Puas hati aku!

*************************************************

Ada titis-titis air mata mengalir di pipi gadis itu. Itu yang ku lihat
dari cermin skuterku.

Diam tak berkata. Aku terfikir juga, mungkin dia malu dengan perbuatan
aku yang melulu tadi. Apa boleh buat, adrenaline datang spontan. Aku
berhentikan skuter di tepi jalan. Aku suruh Anis tunggu sekejap. Aku
hilang seketika. Kemudian aku datang balik dengan sesuatu di tangan.

"Nah...ni sebagai permohonan maaf dari saya. Maaf perbuatan memalukan
dari saya tadi."

Aku hulurkan sebaris kek keju dengan tulisan di atasnya, "cenyum cenyum smile"

Aku lihat dia kaget seketika kemudian mencapai kek tadi. Dia tak makan
kek tu. Dia pandang sahaja kemudian mulai tersenyum.

"Sayanglah nak makan..."

"Takpe..awak makanlah. Kalau awak makan, saya akan bagi seribu jenis
kek dengan pelbagai pesanan di atasnya lagi tau. Sampai awak nak
senyum sampai ke telinga and tak nangis-nangis lagi~"

Anis Nadiya tersenyum lebar. "Tq Aiman." Aku cuba pandang wajahnya
lama-lama. Tapi tak boleh, awek ni awek orang lain. Jangan jadi
perampas. Aku mengiyakan kata hati sendiri.

Aku memecut kembali skuter kembali ke rumah. Balik dengan tiga
peristiwa bernilai. Satu, kemalangan. Dua, temuduga. Tiga, kek keju.
Tiga kes, seribu kenangan.

Dalam hati aku, sedaya cuba untuk tidak jatuh hati pada gadis di belakangku ni.
Oh! Biarlah aku menyintai air jambu batuku sahaja ~

***********************************************

..bersambung..
Image
Kerna waktu berputaran, bimbang tak berkesempatan.
User avatar
rusydee
 
Posts: 46
Joined: Fri Sep 04, 2009 6:10 am

Re: [Cerpen] Skuterku Nurkasihmu ( keluaran khas )

Postby mfrstudio » Thu Sep 17, 2009 1:19 pm

adess.. ada dua adegan bersentuhan, walaupun kemungkinan kedua-duanya berlapik, tapi aku reject cerpen ini untuk diadegankan dalam drama atau filem.

adegan bersentuhan waktu nak elak kemalangan tu boleh dimaafkan kalau berlaku dalam dunia realiti, sebab darurat yang mengancam nyawa. tapi adegan kedua, dia tarik lengan (mungkin lengan baju) waktu di pejabat temuduga tu, tak boleh di maafkan. dia boleh saja tak payah tarik apa-apa, sekadar mengajak balik.

kemudian ada percubaan penulis cerpen sengaja nak adakan situasi hero dan heroin berdua-duaan. pertama, konon kereta ayah dia uzur, traffic jam, dan hanya ada skuter dia saja boleh membantu. persoalan di sini, nape tak, ayah dia je yg bawak skuter, ertinya pinjam skuter saja bukan senang-senang pinjam si aiman tu bawak anak dara dia. adess. lagipun aiman kan miskin, kesian tak boleh sambung berniaga kene hantar anak dara orang pulak.

adegan berdua-duaan kedua adalah dia sengaja berhenti di tepi jalan sebelum sampai ke rumah si anis tu. siap beli keju cenyum cenyum smile. haha. tapi mana boleh. ini jahat namanya. sengaja nak mengorat anak dara orang tu sampai buat dia jatuh hati. nanti apa akan jadi kalau dia naik motor balik lepas tu, sambil hati dah suka kat si aiman. aaaa.. aku tak dapat terima.

tapi si aiman nampak bagus dari segi wataknya, yang ada kemahuan berusaha untuk berdikari walaupun lepasan agama banyak yang menganggur dewasa ini. dan dia sudi sampaikan ilmu dia di tazkirah di surau. itu bagus.

itu saja kritikan dan ulasan aku buat kali ni. teruskan menulis. ;)
Image
User avatar
mfrstudio
 
Posts: 73
Joined: Wed Sep 02, 2009 7:54 am

Re: [Cerpen] Skuterku Nurkasihmu ( keluaran khas )

Postby rusydee » Fri Sep 18, 2009 3:09 am

oh cerita masih belum habis boss.. aku dah agak tentang part2 yang tu, and aku sengaja buat part2 tu atas tujuan tertentu.. kerana cerita masih bersambung..spttnya tak boleh bg komen lg...

kena bagi komen selepas ditulis di bawahnya "tamat"
Image
Kerna waktu berputaran, bimbang tak berkesempatan.
User avatar
rusydee
 
Posts: 46
Joined: Fri Sep 04, 2009 6:10 am

Re: [Cerpen] Skuterku Nurkasihmu ( keluaran khas )

Postby mfrstudio » Fri Sep 18, 2009 3:11 am

ohhhh yee keee... ok sori boss. :oops:
Image
User avatar
mfrstudio
 
Posts: 73
Joined: Wed Sep 02, 2009 7:54 am

Re: [Cerpen] Skuterku Nurkasihmu ( keluaran khas )

Postby intan7 » Sun Feb 14, 2010 6:45 pm

ehem.. salam..
rasanya dari aritu lagi cerpen nie...
x ade lg sambungannya ke??hihi
intan7
 
Posts: 2
Joined: Sun Dec 06, 2009 1:50 pm


Return to Seni Tulis Islamik

Who is online

Users browsing this forum: No registered users and 1 guest

cron