[Puisi]"BANGSAKU MERDEKA..."

puisi, cerpen, novel, markalah, warkah, majalah, risalah,kitab, buku
Image

[Puisi]"BANGSAKU MERDEKA..."

Postby ajim » Tue Sep 15, 2009 4:53 pm

posting utk testing2..

hari ini tiba lagi,
tarikh dan waktu tidak pernah berubah,
mereka menjadi saksi,
revolusi bangsaku merdeka,

kalau dulu rasa cinta cukup menebal,
pada pertiwi, apatah lagi pada illahi,
kini rasa cinta tetap menebal,
maaf, bukan untuk pertiwi,
bukan untuk ilahi,
tapi cinta duniawi penuh berahi,

hari ini tiba lagi,
detik igauan 12 tengah malam,
jarum jam menjadi saksi,
revolusi bangsaku merdeka,

kalau dulu gadisku manis bertudung litup,
bersopan santun berbudi pekerti,
kini, gadisku bertambah manis,
maaf, bukan kerana tudungnya,
bukan kerana sopannya,
tapi kerana seksinya yang menyeksa,

wahai bangsaku medeka,
apakah gunanya jika negara penuh kemajuan?,
apakah gunanya jika negara penuh kejayaan?,
apakah gunanya jika negara penuh kemasyuran?,
jika maruah bangsaku diperdagangkan,
jika maruah bangsaku dicemarkan,

nanti,
jika bangsaku merdeka merempat di bumi sendiri,
jangan ditangisi, jangan dimarahi,
kerana, bangsaku merdeka sendiri yang menjadi parasit,
menjahanamkan, memusnahkan, meleburkan,
impian bangsaku merdeka 1957..

-ajim-
(matrix johor 2006)
User avatar
ajim
 
Posts: 8
Joined: Tue Sep 15, 2009 4:50 pm
Location: Melaka

Re: "BANGSAKU MERDEKA..."

Postby mfrstudio » Tue Sep 15, 2009 7:16 pm

selamat datang ke forum low profile ini.

di sini kami juga mengamalkan kritikan dan ulasan karya.huhu

secara keseluruhannya penggunaan perkataan adalah mudah, tidak terlalu nak berbasa basi dengan jargon sastera yang payah nak difahami.

maksud dan motif senang dihadam. tidak meleret dan ada susun cerita yang baik. susurnya baik. alurnya baik.

hanya soalan tambahan buat sang pemuisi:

apakah impian bangsaku merdeka 1957 itu?

selamat menjawab dan berforum.

;)
Image
User avatar
mfrstudio
 
Posts: 73
Joined: Wed Sep 02, 2009 7:54 am

Re: [Puisi]"BANGSAKU MERDEKA..."

Postby rusydee » Tue Sep 15, 2009 8:41 pm

Alhamdulillah...ada unsur mahukan agama dan bencikan kemaksiatan dalam puisi ini. Jelas dapat dilihat dari rangkap ini;

kini, gadisku bertambah manis,
maaf, bukan kerana tudungnya,
bukan kerana sopannya,
tapi kerana seksinya yang menyeksa,


Komen: Memang benar jika dlihat pada keruntuhan akhlak muslimat melayu sememangnya menyedihkan dari segi berpakaian dan sebagainya. Namun, apa yg kita mahukan bukanlah semata-mata mahu mengubah cara mereka berpakaian tetapi menerapkan rasa istiqamah pada cara hidup yang islami mengikut adab dan adat Islam, bukanlah adat melayu semata-mata. Jika lelaki dan perempuan diterapkan dari akar umbi lagi, insyaAllah tidak mustahil negara ini akan melahirkan muslimin dan muslimat bertaqwa dari segala segi.


jika bangsaku merdeka merempat di bumi sendiri,
....
kerana, bangsaku merdeka sendiri yang menjadi parasit,


Komen: Jika cara hidup Islam yang ada sekarang dibiarkan terus menjalar ke segenap ruang hidup masyarakat Islam, tidak mustahil Islam Liberal akan mendapat tempat teratas di hati walaupun kini ianya sudah menapak teguh di Malaysia walaupun jenamanya tidak diwarwarkan umum. Bukan sahaja pemimpin liberal sudah ada kini, tetapi dakyah2 yang mereka bawa sekali sudah pun menular dalam politik semasa yg mempengaruhi tompok2 kehidupan Islami kita. Nauzubillahi min zaalikh.

Bagus, masyarakat perlukan org seperti kamu untuk membawa mesej2 Islami segar. Syabas.

p/s; Ahlan ke forum sederhana ni ye ;)
Image
Kerna waktu berputaran, bimbang tak berkesempatan.
User avatar
rusydee
 
Posts: 46
Joined: Fri Sep 04, 2009 6:10 am

Re: "BANGSAKU MERDEKA..."

Postby ajim » Wed Sep 16, 2009 12:36 am

mfrstudio wrote:selamat datang ke forum low profile ini.

di sini kami juga mengamalkan kritikan dan ulasan karya.huhu

secara keseluruhannya penggunaan perkataan adalah mudah, tidak terlalu nak berbasa basi dengan jargon sastera yang payah nak difahami.

maksud dan motif senang dihadam. tidak meleret dan ada susun cerita yang baik. susurnya baik. alurnya baik.

hanya soalan tambahan buat sang pemuisi:

apakah impian bangsaku merdeka 1957 itu?

selamat menjawab dan berforum.

;)


trimass bro mfr atas ucapan dan kritikan..

berbalik kepada soalan, saya menggambarkan impian bangsa merdeka 1957 itu sebagai satu harapan generasi 1957 yg sangat kudus kepada 'merdeka' pada erti yang sebenar.. generasi awal itu saya tafsirkan sebagai lebih menjiwai erti 'merdeka' kerana mereka berjuang dan bersama mengotorkan kaki bergasak dengan penjajah.. mereka juga berharap kita merdeka bukan sahaja hanya mampu memerintah negara sendiri, namun mampu bergerak, mencipta corak dan membina jati diri yang mana berlandaskan melayu dan Islam..
User avatar
ajim
 
Posts: 8
Joined: Tue Sep 15, 2009 4:50 pm
Location: Melaka

Re: [Puisi]"BANGSAKU MERDEKA..."

Postby ajim » Wed Sep 16, 2009 12:37 am

rusydee wrote:Alhamdulillah...ada unsur mahukan agama dan bencikan kemaksiatan dalam puisi ini. Jelas dapat dilihat dari rangkap ini;

kini, gadisku bertambah manis,
maaf, bukan kerana tudungnya,
bukan kerana sopannya,
tapi kerana seksinya yang menyeksa,


Komen: Memang benar jika dlihat pada keruntuhan akhlak muslimat melayu sememangnya menyedihkan dari segi berpakaian dan sebagainya. Namun, apa yg kita mahukan bukanlah semata-mata mahu mengubah cara mereka berpakaian tetapi menerapkan rasa istiqamah pada cara hidup yang islami mengikut adab dan adat Islam, bukanlah adat melayu semata-mata. Jika lelaki dan perempuan diterapkan dari akar umbi lagi, insyaAllah tidak mustahil negara ini akan melahirkan muslimin dan muslimat bertaqwa dari segala segi.


jika bangsaku merdeka merempat di bumi sendiri,
....
kerana, bangsaku merdeka sendiri yang menjadi parasit,


Komen: Jika cara hidup Islam yang ada sekarang dibiarkan terus menjalar ke segenap ruang hidup masyarakat Islam, tidak mustahil Islam Liberal akan mendapat tempat teratas di hati walaupun kini ianya sudah menapak teguh di Malaysia walaupun jenamanya tidak diwarwarkan umum. Bukan sahaja pemimpin liberal sudah ada kini, tetapi dakyah2 yang mereka bawa sekali sudah pun menular dalam politik semasa yg mempengaruhi tompok2 kehidupan Islami kita. Nauzubillahi min zaalikh.

Bagus, masyarakat perlukan org seperti kamu untuk membawa mesej2 Islami segar. Syabas.

p/s; Ahlan ke forum sederhana ni ye ;)


saya hanya menyumbang yg termampu.. ;)
User avatar
ajim
 
Posts: 8
Joined: Tue Sep 15, 2009 4:50 pm
Location: Melaka


Return to Seni Tulis Islamik

Who is online

Users browsing this forum: No registered users and 1 guest

cron