[tutorial] blaja melukis & warna bersama2 saya-

lukisan, komik, poster, gambar, fotografi, sketching, kartun, banner, avatar, conteng,
Image

[tutorial] blaja melukis & warna bersama2 saya-

Postby menoufiaz » Thu Jan 14, 2010 8:08 pm

yaa...puji dan syukur pada ilahi..masih lagi dikurniakan nikmat iman dan islam.. :roll:

pertamanya saya bukan hebat dalam melukis ni..baru berjinak dengan arena ni setahun dua saja..
mula belajar dengan "berkitab" (kertas kerja) dan berkursus menjadikan saya amat teruja untuk melukis dengan baik dan menarik..

lagi pula teringat "فاقد الشيء لا يعطيه" : "orang yang tidak ada apa-apa tidak dapat memberi"
setakat ilmu lukis orang lidi je...segan juga nak berkongsi..

tapi teringat pula kalam dari saidina Ali k.w bila menyatakan beza ilmu dan harta..
ilmu makin diberi makin bertambah dan berkat...

aku anggap saja cara ini salah satu cara tambah ilmu.. :roll:

baiklah dibawah ini gambaran kasar tertib (step) nak melukis..

Image

1-buat lakaran asas, ini amat penting untuk mengelakkan berlaku kes "tangan panjang" bukan mencuri ye..dengan makna anatomi kartun jadi cacat tak sama ..
buat bulat untuk kepala,petak 4 x sama untuk tubuh,dari bahu sampai siku ukuran dia sampai kat pusat (sambil chek betul ke fakta ni :oops: )..
:!: pastikan step awal ini bersifat sketch bukan stroke!..buat lakaran ni dengan "jarang-jarang"


2-siap buat lakaran boleh bermula dengan lakaran sebenar kartun anda..tidak lagi bersifat petak dan ketul-ketul,,jadikan step ini untuk menjelmakan imaginasi anda ;)

selesai semua tu boleh gunakan pen (saya syorkan jenis pigment) yang mesra kertas (dakwat terang dan tak kembang merata) amat baik untuk trace sketch dan hasil lineart yang baik..

selesai semua tu boleh padam balik semua lakaran tadi untuk hasil lineart yang bersih.

dah siap lineart tadi boleh terus marnakan pula..
(dari kertas ke komputer melalui perantaraan scanner atau snap dengan hp :shock: abaikan yang ni)

step ni warna kat adobe photoshop..(pengetahuan asas tool adobe amat diperlukan untuk proses colouring)

3-saya bermula dengan new layer untuk warna dan lineart di layer yang lain. jika berlaku kesilapan maka lineart tidak terusik

-jadikan layer lineart diatas layer colour-dan tukar blend mode dia kepada "multiply".
aktifkan layer colour untuk proses mewarna dan tukar foreground kepada warna yang dikehendaki
(contoh nak warna jubah hijau setkan foreground hijau)
:!: hanya warna asas sahaja untuk step ini.

cukuplah setakat ini nanti saya sambung lagi,,, insyaAllah :ugeek:
User avatar
menoufiaz
 
Posts: 17
Joined: Tue Sep 15, 2009 1:07 pm
Location: hayyu asyir tepi gamik walidain,cairo,egypt

Return to Seni Tampak Islamik

Who is online

Users browsing this forum: No registered users and 1 guest

cron