Taa'ruf, Aduan, Kemusykilan, Peringatan

Ruangan ini adalah untuk diskusikan tentang apa sahaja. Tidak mencetuskan perbalahan antara ahli adalah amat digalakkan. Rindulah akan Allah kerana ianya mengingatkan kita akan dekatnya MATI. Kenapa perlu berdiskusi hingga bergaduh sedangkan bincangkan hal dunia adalah bersifat sementara, sedangkan hal akhirat jua yang berkekalan.

Image

Taa'ruf, Aduan, Kemusykilan, Peringatan

Postby Hamba Allah » Fri Sep 11, 2009 9:02 pm

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

selamat datang ke Forum RINDU dot org.

Bolehlah yang baru mendaftar meletakkan mesej pertama di sini jika sudi sekadar sapa menyapa, berbasa basi.

Bolehlah kenalkan diri atau taaruf. Anda tak perlu mendedahkan identiti anda, sekadar menyatakan nama yang anda suka dipanggil dalam forum, harapan dan niat azam anda dalam melangkah menjadi ahli forum ini, itu saja.

Jangan lupa terma ikrar yang anda telah setuju ketika mendaftar:

1. Tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah Tuhan Yang Maha Esa tiada sekutu bagiNya.

2.Dia Allah s.w.t memiliki semua yang ada di langit dan yang ada di bumi, segala kekuasaan padaNya Yang Maha Berkuasa. Makhluk bergantung padaNya sedang Dia tidak bergantung pada suatu apa pun.

3. Nabi Muhammad s.a.w adalah pesuruhNya, yang diutus untuk menyampaikan khabar gembira dan amaran untuk peringatan. Pada diri baginda s.a.w segala suri tauladan terbaik.

4. Kejayaan di dunia dan akhirat adalah dengan mengikut segala perintah Allah s.w.t dan meninggalkan segala laranganNya melalui sunnah Nabi s.a.w ikhlas semata-mata kerana Allah s.w.t.

5. Akan menggunakan seluruh masa, tenaga, harta dan jiwa untuk berjuang dan berkorban di jalan Allah s.w.t menegakkan syariat Allah s.w.t, menyeru pada makruf mencegah dari mungkar.

6. Akan bermusuh dengan musuh-musuh agama Allah yang nyata,baik yang terang mahupun tersembunyi.

7. Sentiasa tawadhu` merendah diri, tidak berlaku sombong, berakhlak mulia, berusaha sedaya upaya memusnahkan sifat riya`, takabbur, ujub, nifaq, kufur dan semua sifat celaka.

8. Beramal dengan apa yang diseru, melakukan apa yang diperkata, bukan sekadar memberitahu tanpa ada mahu, sedia berniat dan berazam memperbaiki diri setiap masa.

9. Sedia berkongsi percuma apa yang dimiliki atau dianugerahi yang halal dan baik untuk dikongsi, memberi dari apa yang diri paling sukai sambil iktikad segala pemberian datang dari Allah s.w.t semata-mata.

10. Tidak sesekali akan mencampurkan yang haq dengan yang bathil, perjuangkan yang haq hapuskan yang bathil semampu daya. InsyaAllah.



Jika anda ada aduan, kemusykilan, atau apa-apa yang tak difahami cara nak post di forum, boleh kemukakan di sini. Kami sedia membantu.
Image
merindukan tertegaknya kalimah Allah di muka bumi,
merindukan keredhaan Tuhan kami.
User avatar
Hamba Allah
Site Admin
 
Posts: 23
Joined: Tue Sep 01, 2009 7:13 pm

Re: Taa'ruf, Aduan, Kemusykilan, Peringatan

Postby menoufiaz » Tue Sep 15, 2009 1:28 pm

Assalamualiakum... salam Ramadhan Kareem! :ugeek:

1-jazakallah khairan jaza' kpd yg berusaha menyediakan medium dakwah ni.

2-semoga tuhan mantapkan iman dan gandakan tenaga jua kesabaran kalian menempuh ujian tegar mendatang.

3-alternatif untuk mereka yang hendak menceburi seni dakwah digital islamik dan ini yang ku cari.

4-jika tak keberatan dan jika ada pertolongan insyaAllah saya akan bantu dan usahakan..

5-salam UKHUWWAH dan berjalanlah atas mardhotillah..
menoufiaz™
bumi shibin el-kom,
25 ramadhan 1430/15 sept 09
8:26 pagi-(lepas register)
User avatar
menoufiaz
 
Posts: 17
Joined: Tue Sep 15, 2009 1:07 pm
Location: hayyu asyir tepi gamik walidain,cairo,egypt

Re: Taa'ruf, Aduan, Kemusykilan, Peringatan

Postby ajim » Tue Sep 15, 2009 4:59 pm

salam..

ade x banner rindu.org utk dipromokan diblog2?
User avatar
ajim
 
Posts: 8
Joined: Tue Sep 15, 2009 4:50 pm
Location: Melaka

Re: Taa'ruf, Aduan, Kemusykilan, Peringatan

Postby Hamba Allah » Tue Sep 15, 2009 9:04 pm

ajim wrote:salam..

ade x banner rindu.org utk dipromokan diblog2?


InsyaAllah, 'kita' akan sama-sama siapkan. Sebab forum ini milik Allah bukan milik admin atau sesiapa. Sama seperti fungsi masjid, percuma datang percuma pergi. Pihak admin cuma menguruskan tempat atau medium untuk kita sama-sama menyampaikan.

Buatlah banner yang kamu sukai. Pihak admin tidak akan meletakkan cop mohor copyright rindu.org pada mana-mana karya yang kalian hasilkan kecuali pada karya2 yang pihak kami sendiri hasilkan. Namun, jika anda sendiri mahu meletakkan rindu.org pada mana-mana karya kalian dgn niat utk mendapatkan pahala ibadah..alhamdulillah semoga Allah memberi ganjaran setimpal pada niat dan perbuatan kalian, syurgalah buat mereka2 yang menolong di jalan Allah.

InsyaAllah, saya akan buat ruangan banner, mini-banner, plugs, blinkies untuk digrab letak kat mana-mana. Jika kalian ingin hasilkan banner untuk kami, sukacitanya amatlah dialu-alukan.

Untuk pengetahuan kalian juga, tiada karya yang dipos di forum akan kami delete kecuali jika ada unsur-unsur kemaksiatan, bertentangan dgn ajaran Islam dan seumpamanya yg boleh menghina Islam itu sendiri.

Juga, saya ingatkan supaya berkarya/berforumlah dengan ikhlas tanpa rasa riak dan takabur. Tiada ilmu yg lebih tinggi dari ilmu Allah. Apa sahaja yang kita hasilkan, kita kena ingat bukanlah kerana kita mampu hasilkan dengan keistimewaan sendiri tetapi semuanya anugerah Allah. Bertasbih dan bersyukurlah dengan nikmatNya jika kalian ada keistimewaan tersendiri. Mohonlah ampun jika terbit rasa riak, rasa ingin menunjuk2 dan sebagainya yg bersekutu dengan syaitonirrajim . ;)

Regards,
Hamba Allah.
Image
merindukan tertegaknya kalimah Allah di muka bumi,
merindukan keredhaan Tuhan kami.
User avatar
Hamba Allah
Site Admin
 
Posts: 23
Joined: Tue Sep 01, 2009 7:13 pm

Re: Taa'ruf, Aduan, Kemusykilan, Peringatan

Postby aquasis00 » Thu Sep 17, 2009 5:09 am

bismillah..
assalamualaikum warahmatulllahi wabarakatuh

saya, aquasis00. ini pertama kali saya berforum, sebelum ini memang tak pernah.
saya suka pada seni, terutamanya fotografi. seni lain saya belum cuba lagi. mungkin boleh belajar dari teman yang lain di sini.

saya harap penyertaan saya dalam forum ini akan buat saya lebih mencintai islam dengan melihat keindahan islam dalam pelbagai cabang seni itu.semoga Allah menerima amalan kita semua di sini, dan mencampakkan rasa rindu ke dalam hati kita terhadapNya. ameen.

ps-salah silap jangan takut menegur saya, terima kasih. ;)
User avatar
aquasis00
 
Posts: 1
Joined: Mon Sep 14, 2009 10:00 am

Re: Taa'ruf, Aduan, Kemusykilan, Peringatan

Postby Abu Hurairah » Mon Oct 05, 2009 12:48 am

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarokatuh.

Saya seperti nama tertera mengucapkan tahniah di atas pembukaan forum seni Islamik.

Mudah-mudahan dengan wujudnya forum sebegini dapat menjadi wadah agama kepada generasi manusia zaman ini.

Saya berharap dapat cedok seberapa yang mampu ilmu yang ada dalam forum ni.

Semoga terus maju seiring dengan kecemerlangan Islam, insyaAllah.
"Katakanlah, sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam."
(Al-An'am: 162)
User avatar
Abu Hurairah
 
Posts: 2
Joined: Mon Oct 05, 2009 12:33 am
Location: Terengganu

Re: Taa'ruf, Aduan, Kemusykilan, Peringatan

Postby Han Ri » Sun Oct 11, 2009 4:18 pm

Salam rinduan.

Agak lambat daftar di sini. Maaf, tak dapat aktif sangat berforum buat masa ini. Awal November, insya-Allah bila saya sudah pulang ke Malaysia, akan cuba mem'bizi'kan diri dengan rindu.org.

Ta'aruf ringkas:
- Han Ri
- Dah lepas 20 tahun
- Anak kedua
- Baru habis ngaji (ilmu cetek sangat! :oops: )

Idea haus, tak tahu nak beritahu apa. Siapa nak tanya, tanya. Maaf sekali lagi.
Image
"Dan Tuhanmu Maha Pengampun, lagi melimpah-limpah rahmatnya. Jika Dia mahu menyeksa mereka (di dunia) disebabkan apa yang mereka telah usahakan, tentulah Dia akan menyegerakan azab itu menimpa mereka..."
User avatar
Han Ri
 
Posts: 4
Joined: Sun Oct 11, 2009 3:54 pm
Location: Cairo, Egypt

Re: Taa'ruf, Aduan, Kemusykilan, Peringatan

Postby bintunzuhan » Sat Nov 14, 2009 10:32 pm

assalamualaikum...sy bintunzuhan, masih baru disini...rindu.org ini telah diperkenalkn sahabat sy najmi al-syarqi yg mengesyorkn sy utk upload lukisn sy di sini (time kasih)..alhamdulillah..sy suka melukis sejak kecil lagi..mg di sini sy dapat berkongsi dan mendapat serba sedikit ilmu..time kasih, wassalam..
User avatar
bintunzuhan
 
Posts: 1
Joined: Sat Nov 14, 2009 10:00 pm

Re: Taa'ruf, Aduan, Kemusykilan, Peringatan

Postby kidalisme » Sun Nov 15, 2009 12:42 am

assalamualaikum...
insyaALLAH, cuti sem nnti boleh la sy slalu post kt rindu ni...

: faiz azri.
:20thn selepas 10 hari raya haji, insyaALLAH.
:student archi uitm perak.
Image

berfikirlah tanpa henti....
User avatar
kidalisme
 
Posts: 7
Joined: Sat Nov 14, 2009 11:59 pm
Location: negeri tok guru.

Re: Taa'ruf, Aduan, Kemusykilan, Peringatan

Postby Elixir Rhapsody » Mon Nov 16, 2009 12:11 am

Assalamu'alaikum.

Ana memang minat dgn design2 dan masih lg melatih diri utk sentiasa memperbaiki "bakat" ana dlm digital drawing n design.. Skrg nak start balik kelas dah. Tapi insyaAllah kalau ada kelapangan, ana akn submit design2 di sini :)

Ana adalah Elixir Rhapsody, akan mengambil Degree dlm Industrial Automation n Robotics Technology di UniKL MFI dalam 2 tahun lg dan ana skrg berusia 19 tahun.

Salam perkenalan dan selamat berjuang~
User avatar
Elixir Rhapsody
 
Posts: 1
Joined: Sun Nov 15, 2009 11:53 pm
Location: Malaysia

Next

Return to Bincang-Bincang Dengan Harmoni

Who is online

Users browsing this forum: No registered users and 1 guest

cron