Respon Bodoh dr Aku ttg Semua Artikel Top 1000 Couple Haram

Ruangan ini adalah untuk diskusikan tentang apa sahaja. Tidak mencetuskan perbalahan antara ahli adalah amat digalakkan. Rindulah akan Allah kerana ianya mengingatkan kita akan dekatnya MATI. Kenapa perlu berdiskusi hingga bergaduh sedangkan bincangkan hal dunia adalah bersifat sementara, sedangkan hal akhirat jua yang berkekalan.

Image

Respon Bodoh dr Aku ttg Semua Artikel Top 1000 Couple Haram

Postby rusydee » Sat Sep 26, 2009 7:02 am

Assalamualaikum warahmatullahiiii wabarokaaaatuh ( sila baca dengan nada Haji Mustapha spt biasa ).

Ini adalah respon spontan kepada semua artikel2 couple haram yang ada di internet.

Tajuknya berbunyi:
"Sila isikan tajuk yang hati anda sukai"

Respon saya adalah begini:

Hai,

Sedarkah tuan hamba bahawasanya anda telah melantik diri sendiri sbg 'ustaz/ustazah' yg terjun itu ( maksud saya ustaz ekspress, tiba-tiba hebat mengeluarkan hukum bagaikan belajar syariah seratus tahun )? [sila sesuaikan situasi respon ini dengan topik yg anda sukai] Ketika kali pertama membaca artikel tuan hamba, satu benda terlintas di kepala; "Wah, ekstrim." Keduanya, "Tidak ada tawazun". Ketiganya, "Pukul rata hukum mengikut pengalaman percintaan yg lepas yg tidak kesampaian kerana tiba2 diberi hidayah." Lalu muncullah hukum popular yg ternobat sbg top 100 artikel "Haram couple". Sehingga ada yg mentafsir, "Haram cinta." Sehinggalah artikel paling hipokrit, "SMS pun tak boleh. Benda penting nak SMS pun tak boleh." Sehinggakan tertutup rapat, dirantai penuh2 lelaki dan perempuan. Dijarakkan sejauh2nya. Akhirnya segalanya menjadi haram. Kerana asasnya telah diharamkan, sedangkan asasnya tidaklah seharam yg diwarwarkan. Ops, saya bukan hendak menjadi 'ustaz'. Tetapi, amatlah tidak seimbang. Amat-amat tidak. Kesannya juga tidak seimbang apabila artikel ditulis dituju umum, bukan dituju khusus.

Sepatutnya artikel ditulis ditujukan khas pada beberapa pihak. Saya suka pecahkan kepada dua golongan secara mudah. Satu, golongan adik2 yg masih belajar, belum bercouple, tidak mempunyai kerja serta jaminan hidup, malah tidak mampu lagi menjadi suami/isteri untuk menghadapi kehidupan berumahtangga yg serba mencabar. Artikel couple haram amatlah kena jika diletakkan pada entri, "couple haram:khas utk yang belum bercinta." Barulah kena pada tempatnya. Cegah awal-awal, jadi tidaklah mereka terjebak dengan dakyah couple yang serba menjurus ke arah kemaksiatan.

Satu lagi golongan, adalah mereka yg sudah bercouple, sepatutnya diberikan galakan untuk lekas berkahwin, cepatkan kadar tempoh ke arah pernikahan. Sepatutnya ditulis artikel khas "Yang dah couple, lekaslah nikah, cukup2lah couple." Barulah di sini kena tempatnya jika hendak meletakkan dalil2 dan hukum2 yang berkait dengan mukaddimah zina dan zina dan sewaktu dengannya. Sebab sedih sekali melihat mereka yg terkeliru dengan artikel sebegini akan cepat2 memutuskan hubungan. Walhal hanya sebelah pihak yang insaf, sebelah lagi tidak. Sedangkan kedua2nya couple sudah lama sebagai contoh. Sama-sama berjanji tempuh suka dan duka. Bagaimana pula hukumnya memungkiri janji? Saya percaya yang ditinggalkan lebih terpinga-pinga, tidak tahu salah di mana walaupun sudah diterangkan pasangannya yang insaf itu. Akhirnya yg ditinggalkan akan mengatakan, "ini cuma alasan utk dia tinggalkan diriku." Sedih sekali kerana ramai kawan-kawan yang telah terkeliru ini akhirnya sedih menderita kerana sudah tersalah faham erti sebenar artikel. Malah dahsyat sekali auranya yang hampir bertunang dan berkahwin pun putus juga. Ada kes yang telah dicatatkan. Ini fakta. Saudara kena ingat, bukan semua orang mampu menghadapi perpisahan dengan yang tersayang semudah pos artikel. Sedangkan post artikel pun memerlukan kekuatan iaitu taqwa. Kdg2 bagi mereka yg zuhud, mereka beristikharah dulu sebelum mengeluarkan pandangan yg boleh mengelirukan orang ramai.

Sepatutnya diraih pasangan ke arah ikatan perkahwinan. Saudara patut berikan tips2 supaya bangkit semangat utk lekas kahwin walaupun di usia muda atau sedang belajar di institut pengajian2 tinggi. Beri tips2 agar si lelaki fikirkan cara untuk kerja utk menyara si wanita itu nanti selepas kahwin. Bukan tips2 yang menggalak kepada clash. Raikan semangat untuk mereka cepat mendirikan rumahtangga. Berikan tips2 menunggu, ceritakan batas2 yg ditetapkan agama. Adakah menunggu juga haram hukumnya saudara? Bagaimana menunggu di dalam Islam? Raikan dulu dengan ikatan pertunangan jika tidak mampu lagi dengan ikatan perkahwinan. Ceritakan pula batas2 ketika sudah bertunang satu persatu. Islam dah tetapkan cukup perisa, sedap perasa. Jika saudara syorkan supaya clash juga, saudara patut berikan tips2 bagaimana utk putus dengan cara terbaik. Sebagai contoh, syorkan kedua-dua buat istikharah bersama ibu-bapa sekali untuk mendapatkan keyakinan dan jawapan pasti. Namun ramai yg tidak faham pula konsep istikharah. Sebab itulah saya sarankan banyakkan tips utk cepatkan jalan perkahwinan, bukan cepatkan jalan perpisahan. Perpisahan bukan jalan utama, tetapi jalan akhir. Perkahwinan adalah jalan utama. Rasulullah tidak melarang pula dicepatkan pernikahan, tidak kiralah orang itu mampu atau tidak, berharta atau tidak. Dengan ayat Quran di dada pun sudah memadai untuk melamar pasangan. Saudara patut tuliskan tips2 memikat hati ibu bapa pasangan supaya jalan ke arah perkahwinan lebih terbuka luas. Gesa ke arah nikah. Itu yang saudara patut buat. Golongan couple adalah glgn besar. Tugas dakwah pun lebih besar. Bukan pukul rata, tetapi patut kita gesa ke arah lebih baik. Bukan meletakkan hukum semahu hati.

Setakat ini sahajalah teguran saya. Maafkan saya respon saya tidak berdalil nas dan hadis. Sebab saya bukan 'ustaz'.

Wassalam.

p/s: Saya tidak menyokong couple, juga tidak menyokong tidak couple. Saya menyokong mereka yang berusaha ke jalan nikah spy halal dunia akhirat. Saya anti mereka yang cuma mahu berseronok bersuka ria tetapi nikah berada pada tempat terakhir.


****

Oh, seperti radikal sahaja diriku.
Image
Kerna waktu berputaran, bimbang tak berkesempatan.
User avatar
rusydee
 
Posts: 46
Joined: Fri Sep 04, 2009 6:10 am

Re: Respon Bodoh dr Aku ttg Semua Artikel Top 1000 Couple Haram

Postby mfrstudio » Sat Sep 26, 2009 7:29 am

marah nampak. couple ini apa sebenarnya? berkawan lelaki dan perempuan. untuk apa? untuk berkenalan.

mengapa nak berkenalan? untuk mencari teman hidup.

Nah, di situ Islam dah bagi jalan. bagaimana lelaki dapat berkenalan dengan seorang perempuan untuk dijadikan teman hidup? BERTUNANG.

Ya, jawapannya bertunang. Bertunang dan berkenalanlah. Tak ada masalah sms, mesej, e-mel dengan tunang perihal masa depan hidup bersama. bincang tentang diri dan berkenalan. menyatakan kasih sayang juga tidak ada salahnya buat tunang.

Nah, satu-satunya jalan perkenalan lelaki dan perempuan untuk sebuah perkahwinan adalah PERTUNANGAN dan bukannya couple.

sebab mengapa orang tak mahu bertunang tapi hanya mahu bercouple saja?

sebab si lelaki bapuk lagi pondan untuk berjumpa ibubapa si perempuan untuk serius menyatakan untuk mengenali si perempuan bagi tujuan nak dibuat bini.

banyak benda yang dirasakan berat buat orang-orang muda yang bercinta untuk bertunang, kerana mereka adalah pengecut lagi tak ada keseriusan, dan tak berfikir jauh matang fikiran. mengapa pukul rata? sebab adalah mustahil bin ajaib lagi aneh pelik-pelik jelik jika seorang lelaki yang serius kasih atau minat seorang perempuan, berfikir jauh lagi matang fikirannya, hanya memilih couple dan bukannya pertunangan.

selepas bertunang, langkah seterusnya adalah menjaga hubungan sehingga langsung bernikah. tapi sekali lagi diingati, perkenalan lelaki dan perempuan untuk tujuan mengenali kasih yang halal hanyalah jalan pertunangan. selain jalan itu, hubungan berkawan dan berkenalan untuk mengenali kasih yang dijargonkan sebagai couple adalah gambaran kepondanan, kebapukan dan pengecutnya seorang lelaki semata-mata. kita tak sebut tentang wanita kerana wanita dipimpin lelaki.

manakala kes-kes couple yang terlampau dan melampaui batas, adalah sindrom couple haram yang mesti dibanteras sebanterasnya. ya, jalankan perkahwinan segera buat mereka adalah terbaik. tapi biasalah, lelaki bila dah rasa baik, tak nak pula pada pasangan yang sejarahnya letakkan dirinya pada kejahatan (couple) begitu juga vice versa pada pihak pompuan. perempuan yang rasa dirinya baik, dah tak selera dengan pasangan couplenya yang buat haram dengan dia. semoga ibubapa mendidik anak-anak sejak kecil lagi, bukan lepas dah besar panjang baru nak cerita bab couple haram. cerita masa baby lagi. lepas azan tu dah cerita dah masalah-masalah dunia yang harus dia waspada. ini bagi baby citer-citer kartun atau tengok drama cinta-cinta, memanglah jadi teruk budak-budak ni terdedah movie cinta, drama cinta, lagu cinta, novel cinta.. asyik cinta saja, maka bercintalah anak-anak kita tu.

p/s- semoga harmoni perbincangan ini. :lol:
Image
User avatar
mfrstudio
 
Posts: 73
Joined: Wed Sep 02, 2009 7:54 am

Re: Respon Bodoh dr Aku ttg Semua Artikel Top 1000 Couple Haram

Postby rusydee » Sat Sep 26, 2009 11:36 am

"Banteras couple, gesa tunang, cepatkan nikah - melentur akhlak biarlah sedari bayi"

Mesej mfrstudio tadi ditujukan kepada semua ibu-ibu mengandung atau baru nak mengandung. Atau remaja-remaja yang sudah terbayang alam perkahwinan, berimaginasi ada anak dan seumpama. Tunang dan nikah adalah caranya. Saya menyokong pihak yang menyarankan nikah. mfrstudio sarankan tunang dan nikah, jadi saya menyokong penuh cadangan ini.

Jika kita selami pada artikel couple haram dan sewaktunya itu yang meruntun perasaan;

Ya, jawapannya bertunang. Bertunang dan berkenalanlah. Tak ada masalah sms, mesej, e-mel dengan tunang perihal masa depan hidup bersama. bincang tentang diri dan berkenalan. menyatakan kasih sayang juga tidak ada salahnya buat tunang.


Perbuatan yang digambarkan mfrstudio ni pun syibih kepada tidak boleh, kerana nas mereka adalah masih tidak halal, masih tidak halal. "Berkenalan dengan lebih lanjut selepas kahwin sahajalah, kan sudah tunang." Ramai yang berkata begitu di beberapa forum terkenal ala islamik.

Jadi, saya sendiri pun menjadi was was dan ragu ragu apa sebenarnya tujuan artikel-artikel couple haram ini ditayangkan. Hendak membanteras couple sahaja ke atau hendak membanteras seluruhnya termasuk tunang. Sedangkan pertunangan mempunyai kelonggaran2 tertentu yang ditetapkan syarak. Tetapi tak adalah sehingga sms pun haram, rancang masa depan pun haram. Ini menjadi satu kehairanan. Sehingga kini pun, yang menulis tentang couple haram dan seumpamanya ini tidak tampil menjelaskan erti kata sebenar artikel2 mereka. Sekadar post satu artikel bersama cerita yang sarat dengan watak 2 orang bercinta pada awalnya, didatangkan dengan watak romantis kemudian akhirnya menjadi dramatis dan sadis apabila tiba-tiba salah seorang mendapat 'nur kasih' dari Tuhan di hatinya kononnya takut pada maksiat meninggalkan si kekasih kemudian si pasangan yang sedar ini menulis artikel, 'couple harem'.

Lelaki yang macho dan mempunyai unsur iman dan Islam adalah lelaki yang berani ambil risiko, pergi ke rumah orang tua si perempuan lalu meminang dengan cara baik. Bincang elok-elok. Jika direspon ibu bapa si perempuan "tunggu dulu, anak belum habis mengaji.", berilah keterangan ringkas kenapa hendak cepat tunang/nikah di sisi agama. Seandainya ditakwil ibu bapa tentang kerja si lelaki atau apakah jaminan boleh jaga/sara anak mereka, jawablah dengan penuh berhikmah jika masih belum bekerja. Ibu bapa atau wakil lelaki juga boleh beri jaminan anak mereka mampu sara. Jika menurut Rasulullah, hafal beberapa surah dari Al-Quran sudah cukup menjadi 'pas nikah'.

Tetapi dunia Islam sekarang tidak macam tu la pula. Ada kerjaya, ada harta, ada kereta, ada kredibiliti dijadikan sandaran dan jaminan boleh nikah/tunang. Bukan pula pada ayat-ayat Al-Quran. Masalah senang, menjadi makin kompleks. Jadi, lelaki yg tidak bekerjaya berdepan dengan masalah yang memeningkan kepala. Keluarga belah lelaki akan rasa segan untuk masuk minang anak orang atas sebab-sebab kerjaya dan harta. Manakala belah perempuan akan merasakan 'tiada jaminan hidup' bagi anak mereka. Juga, kerap kali masalah 'belum habis belajar' dijadikan alasan ibu bapa. Susah juga apabila ibu bapa sudah mengeluarkan ayat arahan 'tidak boleh'. Menderhakai ibu bapa tidak pula mendapat keredhaan dunia dan akhirat. Kahwin lari lagilah bukan jalan terbaik.

Hendak seribu daya, tak hendak seribu alasan.

p/s: Entri ini akan menjadi semakin panjang kot.
Image
Kerna waktu berputaran, bimbang tak berkesempatan.
User avatar
rusydee
 
Posts: 46
Joined: Fri Sep 04, 2009 6:10 am

Re: Respon Bodoh dr Aku ttg Semua Artikel Top 1000 Couple Haram

Postby mfrstudio » Sat Sep 26, 2009 12:16 pm

rusydee wrote:"Banteras couple, gesa tunang, cepatkan nikah - melentur akhlak biarlah sedari bayi"


ya, itu adalah kronoloagi yang baik. kalau tak mahu bertunang pun boleh aja. tapi mestilah orang itu sudah boleh terima apa jua risiko-risiko seperti beristeri yang ia tak berkenan pada matanya ka, hidungnya ka, kata-katanya ka, perilakunya ka, jalan bertunang itu kelonggaran untuk memberikan keselamatan yang dinikahi tak dicerai pula serta merta kerna si suami tidak enak begitu pada si istrinya.

malah ada imam mujtahid yang membenarkan pula si lelaki yang mahu meminang perempuan boleh melihat lebih dari dua telapak tangan dan muka. lupa pula bagaimana kaedahnya. tapi itulah kaedah-kaedah fiqh yang membenarkan batas-batas perkenalan yang tidak mampu diperolehi oleh teruna yang tiada hajat mahu menikahi perempuan dengan teruna yang bener-bener mahu menikahi dengan saluran perkenalan melalui pertunangan.


Jika kita selami pada artikel couple haram dan sewaktunya itu yang meruntun perasaan;

Ya, jawapannya bertunang. Bertunang dan berkenalanlah. Tak ada masalah sms, mesej, e-mel dengan tunang perihal masa depan hidup bersama. bincang tentang diri dan berkenalan. menyatakan kasih sayang juga tidak ada salahnya buat tunang.


Perbuatan yang digambarkan mfrstudio ni pun syibih kepada tidak boleh, kerana nas mereka adalah masih tidak halal, masih tidak halal. "Berkenalan dengan lebih lanjut selepas kahwin sahajalah, kan sudah tunang." Ramai yang berkata begitu di beberapa forum terkenal ala islamik.

Jadi, saya sendiri pun menjadi was was dan ragu ragu apa sebenarnya tujuan artikel-artikel couple haram ini ditayangkan. Hendak membanteras couple sahaja ke atau hendak membanteras seluruhnya termasuk tunang.


jika begitu nada artikel "couple haram" itu sehingga perkenalan semata-mata hanya boleh selepas pernikahan itu tidak tepat sama sekali. pertunangan atau khitbah memang saluran perkenalan lelaki dan perempuan untuk melihat serasi atau tidak, berkenan atau tidak pada yang dipinang. namun ikhtilat-ikhtilat common yang kita semua maklum haram itu memang benar haram walaupun sudah bertunang seperti bersentuhan, bersyahwatan, berbicara berahi, bermaksiat, beromens, bersentuhan, berpeluk bergesel, berdaring dan sebagainya. kita memang tidak kompromi aksi-aksi begitu jika belum bernikah. memang aksi-aksi yang HANYA HALAL selepas nikah adalah HARAM JIKA BELUM NIKAH HATTA BERTUNANG SEKALIPUN. oleh itu, artikel berkenaan kena kenal pasti apakah yang ingin dia tentang dan cegah, adakah perkenalan atau aksi-aksi maksiat sebelum nikah.

jika dia menentang sebarang perkenalan walaupun dengan saluran pertunangan, artikel itu hanya kerok kong kong saja dong. ngak gitu mas dee? 8-)
Image
User avatar
mfrstudio
 
Posts: 73
Joined: Wed Sep 02, 2009 7:54 am

Re: Respon Bodoh dr Aku ttg Semua Artikel Top 1000 Couple Haram

Postby freshie » Sun Sep 27, 2009 3:43 pm

kadang2 berharap juga ada 1 ulama rujukan seluruh dunia yg boleh keluarkan guideline ttg hal percintaan ini. terutama dlm zaman moden yg senang akses ape2 saje di hujung jari. haha teringat pula sewaktu dee mengkritik habis2an 'komik untukmu' yg sy lukiskan dlu. smpai sy rasa segan2 nk sebarkan komik itu kpd org lain. malah sy pun pernah ditempelak olh sorg kwn lame ttg isi komik itu yg mcm sesat pulak bunyiknye.

ape pun masih sy berpegang yg couple (berpasangan d luar nikah) itu byk mudaratnya dr maslahat.

pndpt sy ttg artikel2 kapel haram yg melimpah ruah d internet ini mungkin kerana kebencian thdp bahana kapel itu melebihi pertimbangan2 lain. sy umpamakan dgn isu boikot barangan israel cthnye. dlu sy juge pernah tidak puas hati "hei knape sibuk2 boikot padahal kite xhasilkan brg kite sendiri". lebih kurang same mcm dee juge "knape sibuk nk haramkan couple tp xde usaha nak galakkan pernikahan?"
hahah agaknye sbb byk2nye onar2 yg dibuat oleh psgn2 kapel, maka rasa marah terhadap kemaksiatan itu lebih mengatasi rasa mahu mengajak manusia ke arah pernikahan. adakah itu mmg sikap manusia yg suka terburu2?

menjadi penulis ka, pelukis komik ka, byk kena pikir juga kesannya kpd org yg membacanya. kita xdpt jamin juga pembaca itu paham lagu mana. sbb itu xcukup hy dgn baca artikel atau bace komik saja. hei hei kwn2 serius xcukup. kne bagi didikan berterusan, ada panduan jelas. tarbiyah itu usianya lagi pjg dr umur kita sendiri. (wuu..takutnye menulis di sini. ade dee dan mfr :D )

wallahualam.
User avatar
freshie
 
Posts: 15
Joined: Sat Sep 05, 2009 6:51 pm

Re: Respon Bodoh dr Aku ttg Semua Artikel Top 1000 Couple Haram

Postby rusydee » Mon Sep 28, 2009 10:02 am

Ya, jgn takut cik freshie. Apa yang kamu buat tu betul kerana tujuan utamanya adalah membanteras kemaksiatan couple laknatuddin. Namun, sebenarnya siri pencegahan itu bukanlah dengan meletakkan hukum muktamad, seolah-olah bermain-main dengan hukum agama pula. Nah, lihatlah apa jadi sekarang ; mesejnya sampai tetapi hukum dipermainkan, diperkotakkatikkan sesedap rasa. Rasanya sudah cukup dengan menyebarluaskan keburukan2 dan kemaksiatan2 yang diraih hasil dari couple. Sudah cukup dengan mencetuskan ketakutan dalam hati-hati manusia dengan kepanasan api neraka. Ayat Quran yang lebih tepat, "wala taqrabul fawahishama zohara minha wama baton" ( janganlah mendekati benda mungkar tidak kiralah yang nyata mahupun tersembunyi ). Jadi, mereka yang couple ini mengerti couple adalah suatu budaya yang illegal. Mereka sebenarnya jauh di sudut hati, ada tersembunyi rasa "salah ni cara aku ni". Fungsi kita di sini adalah untuk mencungkil keluar rasa itu biar menyelubungi seluruh diri orang itu, bukan setakat di sudut hati.

Kita lihat di dalam Quran bagaimana Allah menunjukkan cara menyedarkan manusia dengan cara paling berhikmah. Dikronologi dengan kisah-kisah yang menginsafkan dulu iaitu di mana kita baca dan lihat Allah memberikan amaran dan nasihat melalui nabi-nabi untuk disalurkan kepada umat-umat masing-masing. Kemudian, berulang-ulang kali diangkat amaran, "Afala ta'qilun?" ( tidakkah kamu berfikir? ) "Afala tasmaun" ( tidakkah kamu mendengar? ) Dan pada ayat yang lain dikiaskan mereka yang tidak mahu mendengar dan mengambil iktibar sebagai orang yang "wara'dun wabarq" ( pekak dan bisu ). Diberi ancaman-ancaman dengan api neraka yang amat dahsyat. Lalu, pada ayat yang lain, keluarlah mafhum ayat amaran Allah "maka tunggulah hukuman / maka nantikanlah bala bencana " dsb. Di akhir sekali barulah jatuh hukuman, bukan jatuh awal-awal lagi. Siri-siri fiqh juga mencatatkan bukan senang mengeluarkan hukum, berijtima' bermusyarakah beristikharah muwafaqah dahulu barulah keluar satu hukum yang dipersetujui ramai. Intinya, jangan mudah bermain dengan hukum.

Mereka yang bercouple ini bukan tidak tahu kesan dan akibat, bukan tidak tahu halal dan haram. Cuma kuatnya kata hati dan nafsu menyebabkan kegagalan memandu minda dan tingkah laku. Sudah menjadi fitrah hati dengan sifatnya berbolak balik menyebabkan manusia berdepan konflik emosi apabila berbicarakan soal hati. Sifir mudah kita lihat dari bahana couple, mereka-mereka ini tersedar apabila hubungan dah berantakan, putusnya sesebuah hubungan itu. Kesedihan dan kesengsaraan hati membuatkan fitrah hati kembali kepada Rabbnya. Di sinilah kita patut memainkan peranan, membekalkan lagi dengan mesej2, tips2 yang membakar semangat , re-generate hati yang lemah dan mula sedar itu. Kuatkan kembali jatidiri dengan keimanan. Itulah peranan muslim akhul muslim ukhra. Itulah dinamakan ukhuwwah fillah abadan abada. Jangan biarkan teman muslim kita hanyut dengan hati lemah dan sengsara, cepat-cepat guide supaya hati yang lemah itu tidak bergantung pula pada hati hati lemah yang lain.

Mencegah, melarang, menasihatkan, menyatakan dalil-dalil Quran Allah membenci maksiat dan kemungkaran, menceritakan peribadi mengikut Sunnah dalam hadis-hadis Nabawiyyah, membimbing mendidik adalah proses-proses utama dalam berdakwah. Jadi, poin saya adalah tidak kena pada tempatnya meletakkan hukum di awal dakwah. Kerana dakwah adalah hikmah. Bukan dakwah adalah mahkamah.

Wassalam. :|
Image
Kerna waktu berputaran, bimbang tak berkesempatan.
User avatar
rusydee
 
Posts: 46
Joined: Fri Sep 04, 2009 6:10 am

Re: Respon Bodoh dr Aku ttg Semua Artikel Top 1000 Couple Haram

Postby freshie » Mon Sep 28, 2009 1:57 pm

wah dee..sungguh bergaya.. hehe. ayat tuh "dakwah dgn hikmah, bukan mahkamah". sy amat setujulah dgn hal itu. ttg kesan artikel itu yg boleh menyebabkan org trus clash atau anggap cinta itu haram sy xdpt nk komen lebih. setiap org ada pilihan. clash itu mungkin juga jln terbaik utk jaga keberkatan dlm berdakwah. tp smpai menganggap cinta itu juga haram agak tidak masuk akal.

kadang itulah sikap masyarakat kita. telan saja apa yg disuap. sedangkan sepatutnya kita perlu kritis menilai apa2 shj bacaan terutama dr penulis2 bebas. cantik sgtlah idea dee yg tarbiah itu pokoknya.
oh ya ada perumpamaan lg.
cth ada satu pokok yg dahan2nya byk mengganggu halaman rumah kita. pokok tu dahla xde buah, xcantik pulak tu. jadi kita cantas dahan itu. bila cantas tumbuh lagi, cantas tumbuh lg. tebang sekalipun akarnya ada lagi. xramai yg suka nk tanam benih baru, nak jaga supaya pokok tumbuh besar, hasilkan buahan2 ranum yg boleh dimakan oleh ramai org.
User avatar
freshie
 
Posts: 15
Joined: Sat Sep 05, 2009 6:51 pm

Re: Respon Bodoh dr Aku ttg Semua Artikel Top 1000 Couple Haram

Postby mfrstudio » Mon Sep 28, 2009 2:10 pm

kita kena lampirkan spesimen-spesimen artikel yang kita mahu bincangkan.

jika benar artikel-artikel itu telah pukulrata hukum hingga hukum agama diperkotak katikkan, dan kita pula menentang fenomena "pukulrata" tersebut, saya kira perlulah kita juga tidak pukul rata mana-mana artikel mengharamkan couple sebagai "memperkotak katikkan" agama.

di satu sudut kita mengatakan adalah salah "terus memberi hukum" tanpa menggunakan prosedur-prosedur hikmah seperti al quran pada artikel-artikel yang terlibat, di sudut yang lain pula apakah dakwah kita terhadap penulis artikel sudah "cukup hikmah" , "tidak menghukum sebelum berhikmah", "tidak berperang sebelum ukhuwwah fillah abadan abada"?

sebenarnya kita perlu tahu apakah dunia "tulisan" itu. Tulisan ada bermacam genre, mana boleh kita paksa "sopan santun" dalam satu tulisan yang disiap untuk suatu kecaman dan amaran.

suka saya untuk ambil badiuzzaman said nursi sebagai contoh dalam dakwah. beliau memang selalu memperjuangkan adab dan akhlak, dalam masa yang sama kita tak boleh tolak ketegasan beliau ketika suatu hari beliau menemui ketua puak miran, Mustafa Basha, Said Nursi berkata,

"aku datang untuk menyeru kamu kembali kepada kebenaran, sama ada kamu menghentikan kezaliman dan menunaikan sembahyang, ataupun kamu akan ku bunuh"

pastilah kita pelik, bagaimana tokoh dakwah yang hebat seperti said nursi hingga digelar badiuzzaman boleh berdakwah dengan cara mengugut mmebunuh begitu, tapi itulah hikmah orang-orang yang diberi Allah akan 'hikmah'.

saya kira Allah menyuruh kita menyampaikan berita gembira dan amaran Allah. Jika kes couple ini, saya pasti dan pasti islam menolak budaya ini 100% tanpa kompromi dan darurat. Jadi, jika perkara yang qot'ie mutlak ditolak oleh islam, tak ada masalah perkara itu dicela dan diberikan amaran keras kepada mana-mana muslim yang terlibat untuk segera meninggalkan hal mungkar itu.

Cuma masalah yang mengguris rasa saudara dee mungkin pada persoalan "penyelesaian" atau pada persoalan "cara meninggalkan couple".

maka di sini saya rasakan, penulis suatu artikel tidak boleh dipersalahkan 100% jika pembaca tidak nampak jalan keluar, dan hanya menyimpulkan jalan keluar untuk meninggalkan couple adalah dengan cara "meninggalkan kekasih hati " itu. Di sini titik beza yang saudara dee nampak di awal responnya, iaitu beliau mencadangkan, "meninggalkan couple" boleh saja didorong kepada "menikahi couple (pasangan/kekasih) itu".

saya tak nampak apa-apa masalah pada 2 jalan penyelesaian itu.
1. meninggalkan kekasih / clash/ tak kontek langsung
2. menikahi/ bergerak ke arah perkahwinan/ tip2 mengambil hati bakal mertua

sebab bagi saya itu adalah kaedah masing-masing yang bergantung pada diri masing-masing. saya pasti dan pasti, tidak semua orang WAJIB menikahi couplenya setelah dia menerima hidayah dan tersedar akan kemungkaran couple. Kalau kes pasangan dia itu adalah setan iblis yang sedang dalam perancangan memerangkap dirinya untuk mengubah hati dan hidayah kepada nafsu, saya kira pilihan pertama adalah terbaik untuknya iaitu meninggalkan kekasih setan iblis dia itu.

dan kita pun tahu cinta dan kasih sayang tak boleh dipaksa. ada orang bercouple sebab nak dibuat "penyedap" saja, setelah menerima hidayah dia terasa bersalah kepada "penyedap" nya itu, maka dia berhasrat untuk bermusafir belajar agama. tak ada salahnya jika kasih sayang dia pada "penyedap" sudah beralih kepada kasih sayang dia pada Tuhan dan kerja-kerja agama. jodoh pertemuan di tangan Tuhan. mengapa perlu paksa orang kahwin dengan orang yang dia tak mahu.

Tapi jika kedua-dua pasangan punya kecenderungan yang sama iaitu "taubat", tak ada salahnya perlakuan kedua-duanya dalam bercouple diubah kepada "perkahwinan" sebagai satu ikhtiar "taubat".

masing-masing ada cara meninggalkan kemungkaran. dan masing-masing punya jalan taubat tersendiri. kalau berkepitnya dia dengan suatu yang mendorong dia kembali ke jalan mungkar, maka taubat bagi dia adalah meninggalkan segala yang mengingatkan dia akan kelazatan mungkar itu supaya dia tak akan toleh lagi ke arah maksiat dan mungkar, apa salah?

kesimpulannya, semua orang sepakat COUPLE ADALAH MAKSIAT DAN MUNGKAR YANG WAJIB DIBENCI. Siapa mukmin yang rasa kemungkaran tak boleh dibenci, siapa? mana ada. semua orang beriman benci mungkar. tak ada satu orang beriman pun yang cinta mungkar, toleran dengan mungkar, liberal dengan mungkar, plural dengan mungkar, pasal selamah-lemah iman adalah benci pada mungkar, tak ada lebih bawah dari itu. couple adalah mungkar. siapa yang tak setuju? 8-)
Image
User avatar
mfrstudio
 
Posts: 73
Joined: Wed Sep 02, 2009 7:54 am

Re: Respon Bodoh dr Aku ttg Semua Artikel Top 1000 Couple Haram

Postby Hamba Allah » Mon Sep 28, 2009 2:55 pm

Bagus, teruskan.

Teruskan perbincangan dengan berhikmah. Kita cari jalan penyelesaian sama-sama.
Saya amat tidak suka sesuatu perbincangan dicemari dengan artikel copy paste sebagai jawapan. Setiap orang ada idea dan cadangan, setuju dan tidak setuju. Tetapi tidak perlulah copy paste sebagaimana kita lihat dalam banyak forum di internet ini membincangkan topik yang sama.

Kritik dan saran sehikmah mungkin. Bukannya respon begini sbg cth : "Mana boleh! Couple haram tu haram lah! Mana kamu pilih, zina ke neraka?!" Kemudian dipastekan artikel2 yang telah digunapakai berkali2 di ruang legar internet.

Sebagaimana yang kita lihat, tiada siapa menyebelahi kemaksiatan. Juga tiada siapa menyebelahi couple. Tapi apa yang lebih kita tumpu adalah jalan terbaik, atau alternatif2 yang boleh digunapakai untuk menyelamatkan remaja kita hari ini yang sebahagian besarnya bercouple.

- Hamba Allah
Image
merindukan tertegaknya kalimah Allah di muka bumi,
merindukan keredhaan Tuhan kami.
User avatar
Hamba Allah
Site Admin
 
Posts: 23
Joined: Tue Sep 01, 2009 7:13 pm

Re: Respon Bodoh dr Aku ttg Semua Artikel Top 1000 Couple Haram

Postby Hamba Allah » Mon Sep 28, 2009 3:32 pm

Ya, betul tu hamba Allah.

Jangan copy paste hujah. Tapi berhujahlah dengan prinsip dan iman.

Semua pandangan diraikan di sini. Yang tak dirai adalah syaitan, nafsu, penyokong maksiat dan mungkar, musuh Islam, dan segala macam kejahatan mulut, tangan, hati.

-Hamba Allah 2
Image
merindukan tertegaknya kalimah Allah di muka bumi,
merindukan keredhaan Tuhan kami.
User avatar
Hamba Allah
Site Admin
 
Posts: 23
Joined: Tue Sep 01, 2009 7:13 pm


Return to Bincang-Bincang Dengan Harmoni

Who is online

Users browsing this forum: No registered users and 1 guest

cron